Pengenalan

KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA 2024

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 September 2023 berhubung Perutusan Khas Inisiatif Memperkasakan Agenda Sosioekonomi Bumiputera memutuskan supaya ditubuhkan Jawatankuasa Kerja bagi penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta YB Menteri Ekonomi. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Kementerian Ekonomi bertindak selaku sekretariat bersama kongres berkenaan.

Objektif

Objektif

  • Mencadangkan hala tuju serta pendekatan baharu dan penambahbaikan agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif.
  • Mencadangkan pendekatan baharu untuk mengukur tahap penyertaan dan kawalan ekonomi Bumiputera yang lebih bermakna.
Tema dan Logo

TEMA

POSITIF. PROGRESIF. INOVATIF

LOGO

Logo KEB 2024
  • Gasing merupakan satu permainan tradisional Melayu yang sehingga kini masih wujud dan dimainkan
  • Balingan yang kuat dan sempurna mampu membuatkan gasing berputar dengan baik, seimbang dan utuh.
team
  • Bentuk dan simbol elemen tanjak - Warna kuning melambangkan Institusi DiRaja yang melindungi kedudukan Orang Melayu, Anak Negeri Sabah dan Sarawak dan Orang Asli - Kedudukan di atas merupakan tonggak utama pandangan dan visi kepada Bumiputera
team
  • Melambangkan keseimbangan dan keutuhan - Warna biru yang membawa maksud perpaduan dan kebersamaan
  • Kedudukan di tengah sebagai pengantaraan yang mampu membantu menggabungkan elemen atas dan bawah untuk menjadi SATU
team
  • Merupakan asas kekuatan sesuatu organisasi - Warna merah yang membawa maksud berani dan tangkas
  • Berada di bawah sebagai satu paksi yang mampu menyeimbangkan dan bergerak seiringan dengan matlamat Bumiputera berdaya saing
Penganjuran
Hubungi Kami

KEMENTERIAN EKONOMI

Menara Prisma

No. 26, Persiaran Perdana, Presint 3

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62675 Putrajaya

Tel : 603 8090 2094 / 2095

Email : ukk[at]ekonomi[dot]gov[dot]my