PERTANDINGAN ESEI DAN PANDANGAN TERBAIK

TERMA & SYARAT PEMENANG

1 

Pertandingan ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun dan ke atas dan terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori A (12 – 17 tahun ) dan B (18 tahun dan ke atas)

2 

Penyertaan adalah dalam Bahasa Melayu

3 

Semua kakitangan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dibenarkan untuk mengemukakan penyertaan, walau bagaimanapun penyertaan yang dikemukakan tidak akan diambil kira bagi penilaian pemenang

4 

Peserta memberi kebenaran kepada penganjur untuk menyalin, menyimpan, mengubahsuai, menyebarkan, menghantar dan menerbitkan penyertaan di microsite. Penyertaan adalah hak milik pihak penganjur

5 

Sebarang input yang dikemukakan hendaklah:
i.  Tidak menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik
ii.  Tidak menggunakan bahasa kesat dan tidak sopan
iii.  Esei hendaklah tidak melebihi 500 patah perkataan manakala penyertaan pandangan adalah tidak melebihi 100 patah perkataan

6 

Tempoh penyertaan :
  • i.  Pertandingan ini akan bermula dari 14 Februari 2024 hingga 31 Mac 2024
  • ii. Pertandingan yang diterima di luar tempoh tidak akan diambil kira dalam penilaian pemenang

7 

Cara penyertaan:
i.  Peserta boleh mengemukakan penyertaan sama ada di microsite Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 atau secara pos untuk penyertaan secara pos (klik disini untuk muat turun borang penyertaan) peserta hendaklah memberikan bersama maklumat peribadi seperti nama, no. kad pengenalan, no. telefon dan alamat yang boleh dihubungi
ii.  Sila pastikan peserta menulis sama ada pertandingan Esei atau Pandangan Terbaik di atas sampul surat sebelah kiri, format pertandingan seperti yang dilampirkan bersama surat jemputan penyertaan pertandingan
iii.  Penyertaan secara pos yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat :

 Urus setia Kongres Ekonomi Bumiputera

 Kementerian Ekonomi, Menara Prisma

 No. 26, Persiaran Perdana, Presint 3

 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

 62675 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

iv.  Peserta boleh mengemukakan lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, pemenang yang dipilih hanya layak mendapat SATU hadiah seperti yang ditentukan oleh pihak penganjur sepanjang peraduan

8 

Hadiah
i.  Hadiah tidak boleh ditukar, dipindah milik atau ditebus dalam sebarang bentuk lain
ii.  Pihak penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya
iii.  Pemenang berhak memenangi SATU hadiah sahaja
iv.  Sebarang kos atau perbelanjaan yang ditanggung oleh pemenang berhubung dengan peraduan dan/atau untuk menuntut hadiah ialah tanggungjawab pemenang sepenuhnya. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan semasa hadiah dihantar/pos

9 

Pihak pentadbir ruangan microsite dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana input yang di buat dalam ruangan ini

10 

Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan promosi termasuk penilaian dan pemilihan pemenang adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan

11 

Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu, dan tanpa sebarang tanggungjawab kepada mana-mana pihak pada bila-bila masa untuk mengubah terma dan syarat termasuk mengubah tempoh penyertaan, membuat penggantian hadiah, membatalkan, menghentikan atau menangguhkan peraduan secara keseluruhan atau sebahagian

12 

Dengan menghantar penyertaan di dalam microsite, peserta dianggap telah memahami dan setuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat

13 

Sebarang pertanyan berkaitan pertandingan esei dan pandangan terbaik sila hubungi Pn. Salina binti Ariffin 03-80902299 atau En. Aimaduddin bin Kamaludin 03-80902219